Sunday, December 28, 2008

MINGGU PERTUNANGAN

Dgn lafaz yg mulia ana mulakan dgn ucapan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

skrg jam 9.30 mlm- (28/12/09) ; suatu tarikh yg istimewa tercatat dlm sejarah hidup family ana di mana kakak ana telah selamat ditunangkan dgn seorg insan yg bertuah menempah insan yg kami sayangi utk dijadikan isteri akan dtg insyaAllah..ingin ana berkongsi sdikit dgn antum kisah pengalaman suka dan duka sepanjang minggu Pertunangan ukhti ana ni.

Dlm beberapa minggu sblmnya,kitorg tlh membuat persiapan dr sgi brg hantaran. semua brg hntaran akak ana kami sama wat sndiri ikot creativity kami. masing2bersemangat mencurahkan idea dan kraftangan dlm pembuatan brg hantaran tu...huhu..yelah, kalau nk upah org wat kan, dgn hrga RM 40 just utk satu dulang jer..huh, harapan..!tu blm tntu kita puas hati dgn hasil dorg lg. tp, ape yg terhasil dr creativity kami, alhamdulillah..sgt2 berpuas hati..malah leh kata 'BLINK BLINK' gak laa..he2..!erm..if ikut perancangannya, hantaran dari pihak laki ialah 9 berbalaskan 11dr pihak perempuan. namun, sudah mnjadi agk kebiasaan dlm family besar ana, dn kami dh mnjangkakan akn ada pihak yg bermurah hati smada dr adik bradik, pak cik makcik utk mnyumbangkan sdikit sumbangan dlm list hantaran tu nti. so, alhamdulillah la...terimakasih pada smua di atas sumbangan ikhlas yg diberikan.akhirnya, total hantaran dr pihak pompuan berjumlah 17 kesemuanya ,insyaAllah..

2, 3 hari sblm hari pertunangan, umah telah start sibuk mengemas, alah..rewang lah senang kata..dgn start potong bawangnya, angkat brg kuarkan dr umah(biar lapang r umah tu..umah kcik jerkk..), hias bilik pengantin(huh..!dh mcm kahwin je nih..yelah , nk wat amik2 pic jerk..),kuarkan pinggan mangkuk, dan mcm2 lagi lah..ada la jiran2 yg turut sama membantu mcm cik zura n cik poziah.

k la, nti smbung lg,.ana online kat cc ni just utk 1hour je..hek3.!to be continued...

Hari ini 31/12/08 jam 6.55 pagi, ana bertolak pulang ke medan pengajian di Sarawak Bumi Kenyalang. Seday rasa hati meninggalkan kampung halaman skudai johor. Rasa sekejap sahaja cuti kali ni, hnya lbih kurg sebulan lebih. Walau apepn, Alhamdulillah banyak detik2 gembira sepanjang cuti kali , insyaAllah..

Haa.sambung kisah minggu tunang kakak ana hari tu. Paling tak dapat lupa bila wakil dari pihak pompuan (pakcik ana yg dikenali sbg wak asim), time berunding dgn wakil dr pihak lelaki, cmne ntah..huk2..!siap ble tersyashul nama ana lagi..ha..berderau jantong ana bila dorg gtau.heheheh..tp nasib pakcik ana cover blek r..ala, saje la tu kot, biar happening skit agknya.pkcik ana tu kuat bergurau.erm..tapi ape salahnya, mudah2 berkat tersyashul’ tu, xlama lagi r tuh..hik3!..insyaAllah..

Lepas berunding, makcik as a wakil dr pihak lelaki menyarungkan cincin yg bertahtakan permata..he2!..ana yg duk je sebelah kakak ana pn dh naik segan dah..jurukamera nye,ehm..bese r men kan peranan, huh..!rasa mcm artis lak..cover btul! Setelah selesai sume acara, tetamu pihak laki dn pompuan dijemput makan hidangan yg disediakan didewan sebelah. Senang..!mula2 ingatkn nk wat kat umah mjlis ni, n makan kat bawah, tp umah ana umah pondok je kan. La la, buat je kat surau n leh terus makan kat dewan sebelahnya..lagi senang.er.. hidangn yg disediakan pn xmen r pkai catering. Kitorg guna chef paling expert yg kitorg dh iktiraf sendirik iaitu mak ana. Huhu..ada gak la dibantu dgn beberapa co-chef yg lain. Lepas selesai sumenyer, sedara mara ana bersiap untuk pulang. Ada yg masih mengemas barang2 di dewan lagi, membasuh pinggan cawan dll lg. terasa majlis sebeginilah yg mengeratkan lagi hubungan persaudaraan kami sekeluarga..walaupn kami di johor, mereka tetap dtg memberi sokongan dan bantuan dlm ape jua bntuk, insyaAllah. Ini lah yg sememangnya dikenali dgn kekuatan semangat kemasyarakatan ‘kejawaan’..hek3…

Huh! Penat memang penat. Tapi kami sangat2 bersyukur dan berpuas hati segala yg dirancang berjalan dgn lancar, Alhamdulilla. 2 hari pastu,erm..on 29/12 ;hari isnin, ajo dan ajam bawa kami mandi di WetWorld kat Batu Pahat.waahh..!bukan men sronok lagi ana mandi kolam tu.mcm tak ingat dunia dh.tp stil pakai tudung la time mandi tu..xde masalah pun..xcited gak r..huhu,.yelah, dh lama tak mandi kan…erk!mandi kolam renang la..nk kata mndi, hari2ana mndi!he2…erm..puas alhmdulillah smpat gak berjalan2, mandi kt WW’ lg b4 ana blek srawak lusanye. Terbalas gak akhirnya..ylah, mana taknya..dorg bila ana xde, pegi berjalan makan angin.hari tuh lg r..siap pegi Cameron Highland lg.geram btol masa tuh..!dh r tensen nk final exam, dorg sonok2 kt sne.wargh2!bila ana ada xde lak nk bjalan. Tp itu yg ana pikir la ikot emosi sndirik..sume tu actly my be kebetulan ana xde kt sane, dan pluang pakej bercuti tu ada time tu je, tu yg dorg pegi tu without me!

Eerrmm..esoknye plak (30/12) xgi mane la..duk umah je kemas brg2 yg nk dibawa blek, masuk dlm beg. Plan2..malam nya nti nk gi umah mak wati kat larkin, b4 lek srawak esok.yelah..nanti windu lak kt mak, n bakso mak ..nasib mak bukak warong mlm ni.tapi b4 tu kitorg (angah, amal, mak ana, ucu n ana ) gi Danga Bay dulu, jalan2..tgok funfair, tgok brg2 k booth yg dibuka kt ctu.ana smpat gak beli beg sandang tepi ADIDAS(nk wat gi kuliah nti) dan cincin yg terukir nama ana ‘~NUR~’.

Blek dr danga bay, gi warong mak wati. Pastu lik umah dlm kul 1 lbih.kemas gitu gini, gitu gini..dlm kul 2 lebih baru tido. Bangun kul 4.30..mandi n bersiap2 sume. Bertolak dr umah kul 5.30.smpai kt epot, bagasi kena cas 45hinggit coz lbih berat 3 kg.huhu..dh naik price de..dulu rm12 jerk..!erm..smpai kat epot kuching nti, tgu kak ila. Saing ngan de lik uitmS.flight de kul 12.dlm kul2 baru btolak ke uitm.tp xtrus kesana coz ana tumpang umah sewa k.ila for a few days b4 nama layak4 kuar.huhu..mudah2an segalanya dipemudahkan, insyaAllah..

k, thats all from me. if u wanna see d'picts of my story, later la k coz still waiting my dad to post in my email, insyaAllah..afwan kathira..wassalam.jazakallahu khairan.

Tuesday, December 23, 2008

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jln fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…………

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yg bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar utk dilaksanakan
Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dlm setiap perintah
Taat dgn abuyanya, yg sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga……….
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup Siti Sarah………..
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga……..
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah

Itulah wanita Siti Hajar……..
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Mashitah…….

Thursday, December 18, 2008

my own creation!

"MUNAJAT PENGEMIS CINTA ALLAH”

DI KALA MALAM YG SEPI
DI SAAT WAKTU YG TERINDAH DIBUAI MIMPI
LEMAH LUTUTKU MENGGAGAH DIRI
BANGUN MELANGKAH BERWUDU’ SUCI
DEMI KEKUATAN CINTA ILAHI…

HAMBA YG HINA TERASA MALU
BANYAKNYA DOSA MEMBEBAN DIRI
MENGHARAPKAN RAHMATMU YA RABBUL IZZATI
DALAM BIMBANG KELIAR DI HATI
MASIH ADAKAH AMPUNAN BUAT DIRI
BAGAIMANAKAH PENERIMAANMU
DI KALA MENDENGAR PENGADUANKU
KU YAKIN KAU TAK MUNGKIRI
PADA KALIMAH SUCI KALAMMU YA ILAHI

RAHMAT AMPUNANMU LEBIH BESAR
DARI KESALAHAN HAMBAMU YG JAUH TERSASAR
HAMBA YAKIN PADA AMPUNAN-MU OH TUHAN
BIMBINGLAH DIRI INI KE JALAN KEBENARAN
DEMI MENGEMIS CINTA-MU
DEMI MERAIH KASIH-MU
DEMI MENGHARAPKAN REDHA-MU
TIADA APA YG KU INGINKAN
SELAIN MENGEMIS CINTA ILAHI


salam perjuangan buat semua pengunjung setia blog ana,sahabat2ku di Bumi Borneo dan sume yg mengenali diri ini.moga refresh iman dan niat dlm azam pjuangn di tahun baru2009, insyaAllah..wassalam.

Monday, December 15, 2008

Layakkah aku...?

LELAKI IDAMAN...

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha

Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi

Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah

Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya


Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran

Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran
Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman

Pada wanita yang bukan mahramnya...Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya

Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran

Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
papa, papa dalam melakukan perkara maksiat
papa dalam ilmu-
ilmu yang tidak berfaedah dan bermanfaat
papa dalam memili
ki akhlak mazmumah
tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya

Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada'

Yang Syahid di Jalan yang Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??

Friday, December 5, 2008

wat pe ri ni..??

salam..untuk program jadual harian ana dlm beberapa hari ini..
today is Friday, nothing to do..just update my blog n tgok date registration courses bile, skali dgn result kuar bile..huhu..mlm ni ikot ayah gi Hotel Sri Malaysia di Larkin. ada meeting tntg Bisnes die..insyaAllah..
alamak!!xsempat lak nk bercriter pnjang..ayah ana dh nk lik dh ni..wawaawa.ana update blog kat lab ayh ni.um, xpe r..lenkali leh cntinue lg la..k daa..wassalam..

Wednesday, December 3, 2008

SHARING MY PHOTOS...